PUTRAJAYA: Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan 559 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang Tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, berkata indeks keseluruhan GPN tahun lalu mencapai 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya Beliau berkata, daripada 559 calon yang mendapat Gred Cemerlang Tertinggi, 506 adalah calon Sekolah Kementerian Pelajaran yang meningkat sebanyak 143 calon, berbanding 363 pada 2010.
Katanya, 53 lagi calon adalah daripada sekolah lain yang turut meningkat berbanding 40 calon pada 2010.
“Bagi prestasi mengikut mata pelajaran teras dan lokasi, pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tidak menunjukkan perbezaan yang ketara, tetapi pencapaian subjek Sains lebih baik berbanding calon bandar.
“Bagaimanapun, usaha perlu dipertingkatkan untuk merapatkan jurang dengan calon bandar bagi subjek Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral,” katanya ketika mengumumkan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2011, di sini, semalam.
Mengikut kaedah yang diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan, semakin kecil nilai GPN, lebih cemerlang pencapaian keputusan keseluruhan. Sebanyak 468,808 calon mendaftar untuk menduduki SPM pada 2011, berbanding 467,970 pada 2010 di sebanyak 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 412,028 adalah calon sekolah kementerian, manakala 7,155 calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera.
Baki 7,925 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 12,487 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat serta sekolah swasta dan 29,213 calon persendirian.
Mengenai pencapaian sekolah, beliau berkata, ia dinilai berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan 80 sekolah mencapai Cemerlang, 400 Baik, 1,679 Memuaskan dan 49 tahap Berpotensi.
Katanya, prestasi mata pelajaran yang dinilai menerusi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) pula meningkat 63 daripada 112 mata pelajaran berdasarkan penilaian empat kategori iaitu cemerlang, kepujian, lulus dan gagal.
Selain itu, seramai 343 daripada 662 calon berkeperluan khas berjaya mendapat sijil berbanding 319 pada 2010.
Tujuh calon iaitu tiga calon rabun, seorang cacat pendengaran dan tiga calon kecacatan lain berjaya meraih gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Koleksi ini dimulakan dengan soalan-soalan dari negeri Kelantan, dan akan dikemas kini dari masa ke semasa dengan soalan-soalan dari negeri-negeri lain :
Pencapaian, kelulusan calon luar bandar makin meningkat
PUTRAJAYA: Seramai 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah itu, 9,239 calon membabitkan sekolah KPM dan keputusan itu meningkat berbanding 7,987 pada 2009.
Seramai 403 calon memperoleh gred cemerlang tertinggi (semua A+) bagi semua mata pelajaran berbanding 255 calon pada 2009.
Beliau berkata, pencapaian calon luar bandar juga menunjukkan peningkatan termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains yang lebih baik berbanding calon bandar, tetapi usaha perlu dipertingkatkan untuk merapatkan jurang antara pelajar di kedua-dua lokasi khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
“Pencapaian keseluruhan SPM 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperoleh sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.
"Ini tahun kedua sistem penggredan baru diguna pakai dan ia dapat mendiskriminasi lebih tepat pencapaian calon yang memperoleh keputusan cemerlang, selain ia turut dipengaruhi pelaksanaan Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum 10 Mata Pelajaran dan Penambahan Dua Mata Pelajaran Tambahan Dalam SPM yang mula diperkenalkan tahun lalu," katanya pada sidang media mengenai analisis keputusan SPM 2010 di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Sufaat Tumin. Abdul Ghafar berkata, satu majlis khas mengumumkan sekolah dan pelajar terbaik akan diadakan 1 April ini di Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur dan bakal dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.
Sebanyak 467,970 calon mendaftar menduduki SPM di 3,594 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 23 November hingga 20 Disember lalu.
Daripada jumlah itu, 410,083 calon sekolah KPM, MRSM dan Sekolah Perantis Tentera (7,216), Sekolah Menengah Agama Negeri (8,127), Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta (11,248) serta persendirian perseorangan (31,296).
Mengulas pencapaian sekolah, beliau berkata, ia dinilai berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan 67 sekolah berjaya mencapai tahap cemerlang, baik (340), memuaskan (1,683) dan berpotensi (2,156).
Katanya, keputusan ini hasil tawaran baru antara sekolah dan kementerian dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah.
"Prestasi mata pelajaran kali ini juga amat membanggakan apabila 81 daripada 103 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan penilaian berdasarkan empat kategori iaitu cemerlang, kepujian, lulus dan gagal," katanya.
Bagi calon keperluan khas, Abdul Ghafar berkata, 319 daripada 629 calon SPM 2010, berjaya memperoleh sijil SPM berbanding 251 calon pada 2009.
Katanya, tujuh calon iaitu tiga calon rabun, buta (2) dan masing-masing satu calon pekak serta lain-lain kecacatan berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.
Beliau berkata, pencapaian calon ini membuktikan mereka turut mendapat peluang sama seperti calon lain dengan adanya kemudahan termasuk kertas soalan braille, moderasi dan cetakan besar, selain diberi masa berbeza menjawab soalan berbanding calon norma.
Post ini dimulakan dengan link soalan Peperiksaan Percubaan negeri Kelantan dan akan dikemas-kini dari masa ke semasa dengan link soalan-soalan dari negeri-negeri lain.